News & Events

 

APAKAH SINDROM TEROWONG KARPUS? 什么是腕管综合症?

 

Sindrom terowong karpus adalah satu keadaan yang boleh terjadi apabila saraf median, penyedia utama sensasi ke tangan dan jari-jari anda, menjadi termampat dalam terowong karpal. Terowong karpal dibentuk oleh lapan tulang pergelangan tangan (karpal) dan ligamen carpal melintang. Terowong bertindak sebagai laluan di pergelangan tangan anda yang mana saraf median dan sembilan tendon melalui tangan anda. Pemampatan saraf median, yang berlaku disebabkan oleh penyempitan ruang di dalam terowong, mungkin disebabkan oleh keadaan seperti bengkak pada lapisan tisu  terowong, penahanan cecair, kehadiran sista ganglion, struktur otot yang tidak normal, atau keadaan– keadaan yang lain. Dalam kebanyakkan kes, puncanya adalah tidak diketahui.

腕管综合症是当正中神经(主要控管你的手和手指的感觉神经)在腕管内被压缩。腕管是由八个腕骨骼和腕横向韧带形成。该腕管是在你的手腕上的一个通道,正中神经和九个肌腱通过这腕管连接到你的手。腕管内空间减小使正中神经被压缩,可以是因为,腕管组织的肿胀,液体滞留,腱鞘囊肿的存在,异常的肌肉结构,或其它。在许多案件,原因是未知的。

Picture1

 

APAKAH TANDA– TANDANYA?
Anda mungkin merasa seolah-olah tangan anda “tertidur”. Kebiasaannya, jari telunjuk dan jari tengah anda yang paling terjejas, tetapi sensasi mungkin berlaku sepanjang tangan anda. Jika gejala baru sahaja bermula, anda mungkin akan terbangun dari tidur dengan rasa kebas atau sakit, dan mungkin akan berasa lega apabila anda menggoncang atau menggosok tangan anda. Pada peringkat seterusnya, rasa kebas itu boleh menjadi berterusan.

腕管综合症的症状有哪些?
你可能会觉得你的手好像“睡着了”。通常,你的食指和中指最受影响,但你的整个手都会感觉到。如果你的症状才开始,麻木或疼痛会让你从睡眠中惊醒。摇动或擦你的手可纾缓那麻木或疼痛的感觉。在后期阶段,麻木的感觉可能变得持续

 

APAKAH RAWATANNYA?

Dalam kebanyakan kes, rawatan anda akan bermula dengan pendekatan tanpa pembedahan yang boleh melegakan gejala-gejala yang dihidapi. Kebanyakan pesakit berasa lega dengan hanya mengubah suai aktiviti-aktiviti mereka untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong karpal, dan memakai gelang untuk  menjaga pergelangan tangan mereka dalam kedudukan yang neutral.Suntikan steroid juga boleh digunakan untuk melegakan gejala yang dihidapi. Mengambil ubat seperti vitamin B6 atau ubat nonsteroidal anti- radang, boleh digunakan bagi sesetengah pesakit untuk melegakan gejala.Doktor anda akan menjalankan pemeriksaan fizikal. Kajian aliran saraf dan elektromiografi boleh digunakan untuk mengesahkan diagnosis dan menilai tahap keparahan keadaan anda.Jika kaedah tanpa pembedahan tidak berjaya, pembedahan mungkin disarankan. Matlamat pembedahan adalah untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong karpal untuk mengurangkan kemampatan pada saraf median

怎样治疗?

在大多数情况下,你的治疗从非手术的方法开始,以舒缓你的症状。许多患者改变手部活动以减少腕管内压力,戴护腕以保持手腕在一个自然的位置。类固醇注射,也可以缓解症状。使用口服药物,例如维生素B6或非类固醇消炎药,可以对某些患者缓解症状您的医生会进行检查。神经传导和肌电图(NCS/EMG)可以用于确定诊断和评价症状的严重程度。如果非手术的方法是不成功的,手术治疗法可能被推荐。手术治疗的目的是减轻腕管内的压力,以减轻正中神经受压。

 

Source : Dr Terence Tay Khai Wei